Salam semua. Asyik betul dengan live blogging update via handphone nih. Thanx teramat-amat buat azmanishak. Tanpa beliau siapalah saya. Haha. Mengampu tul ayat, 2 hari aku menuntut dengan beliau tentang live blogging ni. Semalam pening jugak nak menyettingnya. Lain handphone lain cara. Itu saja. Haha. Pada hari yang mulia ini suka aku bicarakan ingin berkongsi tutorial yang telah lama terpendam bagai perkasam di dalam draft blog aku tuh. Iaitu tutorial bagaimana engkorang nak install software Garmin di dalam handset korang, especially yang pakai handset symbian yang support Garmin ni. Maaf yer bro man HTC tak tuntut lagi. N95 ko bleh punya pakai. Kalau korang jenis taknak bazirkan duit..WAJIB BACA!
Mungkin entri ini agak panjang. Memang panjang pun sebab tutorial bahasa melayu yang tak de orang la rajin gatai-gatai nak buat. Ni pun dah lama jadi perkasam baru aku publish. Ni cara paling senang ikut bahasa mulut jer ajar korang. Kalau live depan mata memang senang sangatla sekali aku tunjuk je. Elok la kalo korang tak paham buat revision banyak kali ye kat blog ni. Aku pun lama belajar benda ni. Tapi aku ajar korang free of charge je. Hehe. Terima kasih Roslan. Sama-sama semua. Haha. Takde keje tuh.
Ok 1st sekali korang kena ada cable nokia yang boleh connect dengan handphone korang via pc suite or mass storage mode. Kalau tak de cable memang susah la. N95 cable dia aku banyakla. Sebab external2 aku semua pakai cable camtu. Haha. Nampak gayanya aku kene buat bullet and numbering ni bagi Nampak step-step tersebut. Sebelum tu nak peringatkan korang garmin ni yang real punya memang harga die rm688 jual di pc fair. Kalau kamu nak install di kedai sekurang-kurangnya rm60-rm80 untuk kamu boleh pakai di handphone. Alangkah membazirnya. Sedangkan kamu mampu install sendiri. Aku juga fakap maut link rapidshare zshare dan sangkut paut mengom dan sewaktu dengannya.
- Download software garmin ni (garmin software)
- Kemudian kamu cucuk @ connect kan cable dengan handphone kamu dan setkannya dalam mode mass storage*.
- Kamu double klik @ klik to setup software garmin yang kamu download tersebut dan masih dalam mode mass storage* kemudian ikut langkah di bawah.
- Setelah kamu installkan nya eject handphone kamu kemudian masuk ke file manager di handphone cari dalam storage memori kad kamu . Kemudian cari file GarminMobileXT.sis* dan installkannya walaupun masa installation ada cannot support ape tah lagi poyo jer. Teruskan!
- Setelah selesai installkannya, cari application tersebut dalam handphone kamu dan buka application tersebut setup jer (yang penting Distance/Speed kamu pilih Metric bukan statue)*
- Pada mulanya sound direction dan maps masih lagi kosong. Teruskan masuk ke dalam application tersebut. Pilih tools, kemudian setting, cari about. Di situ terdapat unit @ card id* yang merupakan serial number korang untuk dapatkan key untuk crack kan garmin korang. Simpan nombor tersebut.
- Untuk dapatkan serial key. Kamu perlu download keygen tersebut di sini (keygen garmin). Kemudian masukkan unit id kamu dan klik generate pada software product dan bukan maps ye. Jangan sentuh apa2 yang maps tersebut. Setelah dapatkan id generate tersebut, kamu perlu create file notepad kosong paste kan nombor tersebut dalam notepad tersebut dan save as (setting type all files) bagi nama file tersebut sw.unl*. Ingat! Mesti sw.unl*. Selepas itu kamu perlu copy file tersebut dan connectkan handphone kamu dalam mode mass storage dan paste kan di dalam foder Garmin dalam memori kad kamu. Itu saja. Jangan buat lebih dari ni.
- Kamu eject dan buka sekali lagi application tersebut. Sudah Berjaya di crack! Klik Agree sahaja. Dah boleh access software garmin tersebut fully crack di dalam handphone symbian kamu. Ha mesti kamu lupa tentang sound direction dan maps garmin kan? Mana nak dapatkannya? Kini ada jalan mudah.
- Kamu perlu melayari website ini untuk mendapatkan latest garmin maps yang sememangnya website ini selalu update untuk kemudahan kita. Malfreemaps memang superb web untuk cari maps garmin. Apa kata kamu layari web tersebut untuk dapatkan latest maps dari malfreemaps. (klik sini).
- Kamu klik link download yang tulis MFM main site* kiranya direct download dari link web tersebut. I hate rapidshare. So aku takkan bekalkan kepada korang link-link yang lembab fakap.
- Setelah siap download, klik to install maps tersebut, Korang next2. Then masa Select Destination Location* tu korang pilih la nak install dalam c atau d partition. Mudahkan korang install dalam d la eh. Senang nak locate file maps tersebut. Kemudian select display customization tu tick pada original roads* dan install. Klik yes apabila keluar pop up “Do You Wish To Create….”. Klik road poi dan tick pada full*. Generate Map! Klik Yes! Pastikan korang follow betul2cara aku ni.
- Kalau keluar ayat “ do u want to copy it into gps device…” klik no. Lepas tu ade keluar pop up keluar suruh off kan u-turn dalam routing-avoidance setup-untick pada U-Turns-DONE!
- Locate file maps korang set kan tadi install kat d ke mane2 la. Dalam malfreemaps foder korang cari file nama gmapsupp.img*. Tu saja, file lain ignore jer. File tersebut dalam lingkungan 57mb la. Copy file tersebut ke dalam garmin folder di memori kad handphone anda. (Transferkan guna mode mass storage).
- Kemudian kamu perlu download sound direction. Aku saja letak satu jer. English American (file kecik jer) supaya kamu mudah. (Klik disini). Extract file zip tersebut menggunakan winzip atau winrar. Copy folder voice tersebut dan paste kan dalam folder garmin didalam memori kad handphone kamu. Itu saja. [Garmin/Voice]
- Sekarang handphone anda sudah boleh beroperasi seperti gps navigator seperti garmin nuvi di atas jalan raya. Ingat garmin susah nak access dalam banguna. Go out la dari rumah. Sebelum tu nak peringatkan bagi pengguna handphone symbian yang ade gps pada handphone. Pergi tools-setting-system-pilih use attached/built in GPS-dan klik enable-done. Bagi yang tidak memeliki gps pada handphone mereka korang kena pakai gps receiver (carila kat lowyat).
- Di sini ada sedikit penambahan aksesori garmin iaitu dinamakan Custom POI. (Klik link ni) dan korang download. Selepas download install sama cara macam install maps tadi. Locate file korang install tu. Time select kompenen tu pilih Mobile XT(no audio)*. Locate file tersebut, copy satu folde POI tu paste jer dalam folder garmin kat memori kad handphone korang. DONE! (Lupa nak bagitau custom poi ni akan detect di mana tempat yang ada speed trap, pasar malam, touch n go reloads dan sebagainya mengikut update web tersebut).
- Untuk penambahan vehicle @ kenderaan pada gps direction korang boleh klik link ni. (vehicle). Create folder nama vehicle-masukkan semua file download tersebut dan pastekan dalam folder garmin dalam handphone korang. [Garmin/Vehicle] . Done! Untuk tukar-tukar kereta korang pandai-pandaila main kat setting ye. Explore sendiri. Huh kira banyak da aku kasi ni. Hehe.. GOOD LUCK!
[ Read more ]